Tanah Suci #6 ( Special Slot )

Assalamualaikum orang kampung !
Hahahaha aku tak tau lah ada orang follow lagi ke tak blog ni
Yelaa sekejap post sekejap tak
Oke oke setelah hampir satu dekad tinggalkan blog ni
Harini aku tetiba rajin nak sambung perjalanan aku dan beribu ribu hamba Allah di Tanah Suci
Bukan la nak kata sebab malam ni aku teringatkan Madinah dan Mekkah
Jujur kata, aku tak pernah lupa walau sedetik pun kat Tanah Suci
Oke pah. Takde orang nak baca rintihan hati kau. Jum kita sambung jelajah di bumi Mekkah

Sebabkan aku tak dapat cerita setiap apa yang berlaku di Mekkah, so harini kita buat special slot sikit. Apa kisah pelik, kisah romantik(?), kisah kelakar yang kami lalui dan aku nak share jugak tempat tempat menarik yang kami pergi semasa ziarah luar.


Apa yang menarik kat gambar tu? Oke first nak cakap yang kat dalam Masjidilharam ada banyak jam macam ni. Jam jam ni akan tunjuk waktu solat. So jangan nak tipu eh tak tau waktu solat. Cuba la tipu kalau nak dapat 'cash'. Hahahahaha. Ehem oke second nak cerita apa yang menarik masa antara satu waktu ke satu waktu solat yang lain (buat buat je la faham apa yang aku maksudkan haha). Selain solat sunat, berzikir, mengaji, dan sebagainya, kami ada jugak luangkan masa berbual dengan jemaah dari negara lain. Perbezaan bahasa sangat menyukarkan keadaan. Haha. So kena la belajar bahasa isyarat sebelum pergi umrah eh. Aha oke tipu je. Kadang kadang kalau korang tak faham langsung apa yang diorang cuba sampaikan, cukup la dengan senyum dan anggukkan kepala. InsyaAllah diorang akan faham yang korang tak faham apa yang diorang faham. Hahahahaha saja peningkan kepala korang. Tapi yang bestnya bila jumpa dengan jemaah dari Indonesia la. Macam rasa taknak berhenti berbual pun ada. Haha. Ada la satu masa tu sampai Ezzah tak dapat nak sambung mengaji. Makcik tu ajak borak tak berhenti henti. 
Lagi satu budak budak kecik. Alahai comelnyaa. Teringat kat anak anak sedara yang jauh di perantauan. Haha. Korang patut bersyukur bila ada mana mana budak Arab ke, Afrika ke, Turki ke yang datang kat korang dan bagi gula gula. Maksudnya korang adalah insan yang mendapat perhatian budak budak tu. Haha. Tapi tengok dulu la perisa gula gula yang diorang bagi. Ada sekali aku dapat perisa halia. Haha memang idok ler nak makan masa tu jugak. Ada yang melepas segala gas yang ada kang. Haha

Budak ni la yang bagi aku gula gula halia tu. Haha syukran dik :)

Nenek lepas rindu kat cucu cucu :')

Oke ni nak cerita pasal hilang kasut. Kalau dalam satu agensi travel tu sorang tak hilang kasut kat masjid memang tak sah. Haha. First sekali, ayah aku hilang selipar. Elokk je aku, mak, Kak Izan dan Ezzah tengah jalan dari masjid ke hotel kami, sekali ternampak ayah aku tengah diri kat tepi tembok dengan kaki ayam. Huhuhu. Kesian ayah sayaaa. Kali kedua pulak, kasut mak n Ezzah pulak hilang. Masalahnya siap tinggalkan  sarung kasut lagi tu. Baik betul si pengambil kasut tu kan? Niat nak amik kasut, so amik kasut je lah. Sarung tinggal. Haha (rajin rajinkan lah diri bawa sarung kasut. Senang nanti, ikat je kat beg yang korang usung ke hulu ke hilir) Dah berstokin je la mak n Ezzah balik hotel. Huhu. Untuk menyejukkan hati yang duka lara. Kami 'melantak' aiskrim yang torrbaikk. Oke memang rugi kalau korang tak try aiskrim susu kat Mekkah. Lagi best bila korang makan lepas penat berumrah. Rasa fresh sampai esok pagi. Haa tu tipu. Confirm tidur jugak lepas tu. Haha. Oke berbalik pada kisah hilang kasut. Kali ketiga, ayah aku hilang kasut lagi. Lagi?? Ye betul, hilang lagi. Kali ni satu kumpulan jemaah lelaki yang sama sama kerjakan umrah dengan mutawwif kami, Ustaz Zul. Sedihh. Nasib baik selipar jepun jee. Buatnya selipar Krokodail ke, Kelaks ke. Ahaa. Konklusinya di sini, jaga lah barangan anda. Tapi kalau dah nak jadi, redha je lah. Semoga setiap barang yang hilang tu akan bawa kita datang lagi ke Tanah Suci di masa yang mendatang. InsyaAllah :)



Haa satu lagi aktiviti menarik adalah shopping ! Hahaha. Tapi kat Mekkah ni susah sikit la kita nak bershopping. Bukan susah apa. Kami lebih banyak habiskan masa kat masjid. Ada masa shopping pun, sekejap sekejap je sementara tunggu masuk waktu solat. Yelah, siapa je nak lepaskan peluang beribadah kat Masjidilharam, beribadah depan Ka'abah (yee nanti aku post gambar Ka'abah eh. saboo). Tapi ada satu pengalaman baru bagi aku dan mungkin bagi jemaah jemaah yang first time ke Tanah Suci. Apa pengalaman tu? Shopping dalam shopping complex pakai telekung ! Hahaha. Pernah kat Giant ke, Mydin ke, Jusco ke, Tesco ke korang shopping pakai telekung? Mesti orang tengok kaki kita jejak tanah ke tak. Haha. Tapi kat Tanah Suci ni best. Korang nak pakai telekung pun orang takkan kata pelik. Sebab memang tu pakaian kita sepanjang kita kat sana kan. Mungkin korang tertanya tanya. Kat Madinah tak merasa ke shopping pakai telekung? Memang la merasa. Tapi ni first time jumpa shopping complex kat Mekkah. Kat Madinah tak sure la ada ke tak. Next time pergi nak cari lah. Huhu InsyaAllah. 

Haa gitu. Ko hado? Haha. Ko hado pakai macam pakcik belakang tu? Hado? Haha
Ni la shopping complex dalam Zam Zam Tower yang aku kata kat entry Enn before ni :)

Oke cukup kot untuk entry ni. next entry la baru aku share tempat tempat menarik kat Mekkah 
Ouh ya. Kisah romantik pun kita cerita kat next entry oke. Haha
Selamat malam :)

tc assalamualaikum 

Tanah Suci #5

Asslamualaikum
Haa gitu lama betul aku nak update blog ni
Sejak sejak dah kembali ke dunia universiti ni, faham faham je lah
Satu saat pun tak sempat nak bukak blog
Oke harini takde kelas, so kita ada masa sikit nak update
Jum jum kita sambung perjalanan :)

Lepas solat Zohor di Masjid Al-Nabawi, kami buat ziarah Wida' iaitu sekadar berdoa bagi simbolik meminta keizinan Rasulullah untuk tinggalkan bumi Madinah. Sayunya jangan kata lah. Dah tak tertahan air mata ni kan. Oke lepas ziarah Wida' kami makan tengah hari dan terus balik bilik untuk berkemas dan bersiap dengan pakaian ihram. Kita perlu berpakaian ihram sebab kita akan berniat dan solat sunat ihram di Bir Ali (tak jauh dari Madinah).




Lepas berniat ihram dan solat sunat ihram, kita perlu 'berpantang'. Aku rasa semua yang baca blog ni dah pass Pendidikan Islam kat sekolah kan. So, tak perlulah aku bagitau apa pantang larang dalam ihram eh. Huhu. Tapi bagi yang betul betul tak tau tu pandai pandai tanya encik Google :)
Perjalanan lebih kurang je macam perjalanan dari Jeddah ke Madinah. Tak sure sangat pukul berapa kami bertolak. Sebab masa tu memang dah gementar sangat nak buat umrah. Huhu. Oke yang penting kami berhenti makan dan solat Maghrib di RnR. Kat situ la kami 'melantak' makan maggi dan Nasi Arab tu. Hehe. Peringatan kat sini. Kalau ada ketahanan untuk tahan wudhu', kalau boleh tahan la. Sebab ingat, bukan jemaah dari Malaysia je yang ada dan bukan jemaah dari satu agensi je. Ada beribu ribu jemaah kat satu satu tempat tu. Kalau setiap orang nak pergi amik wudhu', semua nak guna tandas, mesti sampai esok pagi pun semua tak siap lagi. Sebab kat Mekkah memang kena belajar untuk tahan wudhu', lagi lagi masa nak buat umrah. 
Haa tetiba berceramah pasal wudhu' pulak. Haha. Aku nak cerita sikit apa yang berlaku sepanjang malam dalam bas. Satu masa aku terbangun dari tidur, aku sedar aku masih dalam bas menuju ke Mekkah. Pada masa tu hati aku tiba tiba rasa sayu. Aku teringat ada kisah orang pengsan bila pijjakan kaki di Tanah Haram nanti. Ada yang di tutup matanya untuk nampak Ka'abah. Ada yang diuji macam macam sepanjang di sana. Aku terus terfikir apa ujian yang aku akan dapat bila dah sampai sana. Aku fikir berapa banyak dosa yang aku pernah buat. Ya Allah. Memang tak terkira Ya Allah. Banyaknya dosa aku sepanjang menjadi hambaNya yang celik akal. Tak tertanggung rasanya. Tiba-tiba masa tu jugak lah terbayang semua benda yang pernah aku buat. Selagi ada ruang dalam minda aku, selagi tu la aku teringat balik semua peristiwa. Senang cakap, semua orang yang pernah aku buat salah singgah dalam fikiran aku masa tu. Dari family, kawan kawan, orang orang yang pernah jadi orang yang istimewa (ceh ceh), cikgu cikgu, sedara mara dan paling banyak main dalam fikiran aku ialah diri aku sendiri. Air mata tak payah cakap lah. Kalau tak dilap, memang banjir bas. Huhu. Sapaan Ezzah buatkan aku tersentak dan tersedar balik. Tapi tu semua just beberapa saat je. Lepas tu fikiran aku main balik tayangan tayangan yang aku dah taknak ingat. Doa agar diampunkan segala dosa tak berhenti dari bibir aku. Sampai lah aku tertidur.
Bila aku bangun, masa tu bas dah memasuki satu kawasan macam bandar. Banyak kedai kedai dan butik butik kat kiri dan kanan kami. Aku cuma tengok tanpa kata. Sampai la Ustaz Zul (mutawwif kami), bagitau yang kami dah nak masuk kawasan Tanah Haram. Masa tu ustaz tunjukkan satu jam besar yang sangat tinggi. Bila diberitau baru lah aku tau tu penanda Masjidilharam. Ya Allah makin laju jantung aku ni.

Inilah jam besar yang dipanggil Zam Zam Tower (shopping kat sini best. eh? haha)

Bila ustaz kata yang kami dah nak sampai di hotel penginapan kami, masa tu lah aku ternampak satu kawasan yang sangat terang benderang. Ye. Aku nampak Masjidilharam. Tapi pandangan aku makin dihalang oleh terowong yang kami bakal tersekat selama 30 minit dibawahnya. Haha. Punya lah jem. Bayangkan betapa ramainya jemaah di bumi Mekkah. Lepas beberapa tahun duduk di bawah terowong bertemankan bunyi hon kereta dan bas (kat Tanah Suci jangan la pulak korang memaki bunyi hon, sebab kat sana hon kereta memang budaya orang kat sana. So, harap bersabar ye), akhirnya kami sampai di hotel kami (oke sory lupa nama hotel).Hehe. Masa aku kat Mekkah, semua tempat ada construction, so debu debu memang penuh kat udara. So, aku sarankan pakai lah mask ye :)
Kami check in dan bersiap siap untuk buat ibadah umrah. Masa tu dalam pukul 11 atau 12 malam. Ouh ya, kali ni aku, mak, Kak Izan dan Ezzah dapat satu bilik. Lelaki dipisahkan untuk mengelakkan jemaah buat apa apa yang boleh membatalkan ihram. Jadi, kami terpisah sekejap dengan ayah (walaupun tingkat sama, sedih dia macam apa. Haha).
Kami berkumpul di lobi dan menunggu jemaah lain untuk buat umrah dalam kumpulan. Ye la, untuk panduan jemaah jemaah yang pertama kali buat umrah. Kami terus bergerak ke Masjidilharam. Apa perasaan aku? Seperti biasa la. Takut, gementar, sayu, gembira semua ada. Mulut aku tak henti henti nyanyikan talbiah (Labaikallah Hummalabaik, Labaikala Syarikala Kalabaik, Inalhamda Wani'mata, Lakawalmulk Lasyarikalak). Subahanallah, cantiknya Masjidilharam. Hati aku tersentuh saat kaki pijak di lantai Masjidilharam. Walaupun aku masih pakai kasut, tapi rasa sejuk tu sampai ke kepala. Atau badan aku yang memang rasa sejuk, entah lah. Susah nak cakap perasaan masa tu. Yang penting rasa syukur dan gementar untuk saksikan Ka'abah memang tak pernah lari sikit pun dari hati aku ni. Saat kami masuk dalam Masjidilharam, masa tu aku dah tak terkata. Yang makin aku tergamam bila Kak Izan kata ' Tu Ka'abah. Nampak?'. Aku hanya mampu angguk. Walaupun aku hanya nampak kain yang berwarna hitam, tapi aku tau tu Ka'abah. Qiblat aku. Qiblat umat Islam. Sampai la bila aku dah nampak keseluruhan Ka'abah. MasyaAllah, Subahanallah, Allahu Akbar. Apa lagi yang perlu aku cakap? Tempat yang diimpikan umat Islam sekarang dah ada depan mata aku. Alhamdulillah. Air mata? Tak perlu cover. Biar mengalir. Tanda syukur kita dengan nikmat Allah :')

Bahagian depan Masjidilharam. Kita simpan gambar Ka'abah akhir nanti eh :)

Kami mulakan umrah dengan ibadah Tawaf. Mengelilingi Ka'abah sebanyak tujuh kali. Sepanjang buat Tawaf, kita perlu berwudhu'. Tu sebab aku kata perlunya kita tahan wudhu'. Kalau tak,susahnya korang nak pergi amik wudhu' dan sambung balik Tawaf. Bukan setakat melambatkan umrah, tapi memenatkan korang. Ingat tempat wudhu' sejengkal je ke?Haha. Oke aku nak cerita sikit kenapa kita kena Tawaf. Cerita ni diceritakan oleh Kak Izan berdasarkan pengetahuan dia.
Mengikut setengah riwayat, Baitullah dibina oleh malaikat dijadikan sebagai tempat tawaf dengan tujuan untuk kaffarah atau menebus dosa atas ketelanjuran mereka seperti memprotes tidak setuju Nabi Adam a.s dijadikan sebagai Khalifah Allah di muka bumi, lalu mereka telah menebus dosa mereka (melakukan kaffarah) dengan tawaf mengelilingi Arasy. Oleh kerana Arasy itu tersangat luas maka Allah swt pun mencipta suatu binaan lain yang lebih kecil  dan sesuai untuk para Malaikat melakukan tawaf dinamakan Baitul Ma’mur. Komposisi Baitul Ma’mur itu tidak dijelaskan, tetapi itulah tempat tawaf  bagi para malaikat di langit bagi menggantikan Arasy. Dan kedudukan Baitul Ma’mur itu dikatakan betul-betul di bawah Arasy. Manakala para malaikat yang bertugas di bumi, Allah telah menyuruh mereka agar membina suatu binaan yang fungsinya menyamai fungsi Baitul Ma’mur di langit, iaitu sebagai tempat tawaf bagi diri mereka di bumi. Itulah Baitullah atau Kaabah yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Makkah. Ia dikatakan selari dengan kedudukan Arasy di langit. Haa, tu lah sebab kita umat Islam perlu melakukan Tawaf. Dah faham anak anak? Bagus. 
Sepanjang Tawaf, mata aku tak sikit pun lari dari memandang Ka'abah. Mulut aku tak henti henti berzikir dan berselawat. Besarnya nikmat yang Allah bagi masa tu. Rasa macam nak sujud selama yang boleh untuk tunjukkan rasa syukur aku pada nikmatNya. 
Selesai Tawaf, kami berdoa di Multazam (antara Hajarul Aswad dan pintu Ka'abah). Salah satu tempat dimakbulkan doa.Selepas tu kami akan solat sunat. Ouh ya, masa tu mak dan Ezzah dah terpisah dengan kami masa Tawaf. Ayah pun kami terjumpa masa berdoa di Multazam. Lepas beberapa minit tunggu mak dan Ezzah, akhirnya kami teruskan ibadah seterusnya dengan harapan mak dan Ezzah dah pergi melakukan ibadah Sa'ie. Ibadah Sa'ie ialah berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Sa'ie dilakukan umat Islam bagi simbolik kisah Siti Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah untuk mencari air buat Nabi Ismail. Ada ketika disuatu kawasan (sekarang adalah lampu hijau), umat Islam (tak pasti sunat atau harus) untuk berlari lari anak. Haa masa ni bukan setakat lari anak, lari atok nenek semua keluar. Ada yang lari macam buat larian 100 meter. Ada yang lari pecut. Ada yang lari berpagar (k tipu je). Ada yang siap lari sambil elak-elak orang kat depan. Fuh, meriah betul keadaan kat Sa'ie berbanding masa Tawaf. Mana tak meriah. Masa Sa'ie, kita siap boleh berhenti rehat minum air, kalau terasa nak 'melepas' masa tu pun boleh pergi tandas kejap. Tapi pastikan masa kita nak sambung tu kita sambung belakang sikit dari tempat kita niat untuk keluar dari tempat Sa'ie. Kalau tak, takut tak sah pulak pusingan tu.
Ada peristiwa sebenarnya yang berlaku masa Sa'ie ni. Tapi kita hold untuk 'special slot' nanti. Hehehe.
Lepas Sa'ie kita akan bercukur. Sekurang kurangnya 3 helai rambut. Lepas tu kita boleh la nampak si botak botak berjalan. Haha. Selesai bercukur, maka selesai la ibadah umrah kita. Alhamdulillah. Kita pun dah bebas dari perkara perkara yang membatalkan ihram. Dengan itu, aku dah pun selesai ibadah umrah wajib aku. Alhamdulillah alhamdulillah. Ouh bila tengok jam dah hampir pukul 3 pagi. Tapi segarnya aku masa tu tak payah cakap. Terasa macam siang pulak. Huhu. Kami berjalan terus keluar dari Masjidilharam dan menuju ke rak kasut.Kat situ lah kami jumpa balik mak dan Ezzah. Mak dan Ezzah dah lama selesai buat umrah. Hehe kesian pulak tengok mak dan Ezzah duduk kat tangga sambil pegang kasut kasut kami. Tapi yang penting bersyukur sangat kami dipermudahkan urusan untuk selesaikan ibadah umrah.Lepas tu kami balik ke hotel dan berehat sekejap sementara tunggu waktu solat Subuh.




Inilah lampu hijau dimana kita perlu berlari lari anak

Ini merupakan Bukit Marwah. Pada awalnya aku ingatkan bukit ni berair. Rupanya memang permukaan bukit ni macam tu. Cantik kan? :)

Ini Bukit Safa. Atas tu adalah tempat Sa'ie bahagian atas. Tak silap aku Sa'ie ada 3 tingkat. Kalau tak silap la. Sebab ketiga tiga umrah, aku buat ibadah Sa'ie kat sini. Tak merasa kat tingkat lain 

Gambar gambar ni sebenarnya gambar yang kami amik masa umrah yang kedua.So jangan la pelik sebab tadi aku kata kami terpisah dengan mak dan Ezzah tiba tiba dalam gambar ada diorang. Haaaa. Hehe. Susah sikit nak amik gambar dengan ayah sepanjang dalam kawasan Masjidilharam.So siapa yang rindu ayah nanti kita jumpa masa ziarah luar eh. Hehe


Jam sekarang pun dah tunjuk pukul 1pm. Tak pernah duduk kat kampus selama ni hari Jumaat. Haha. Jum la kita berhenti. InsyaAllah. Ada masa terluang nanti aku sambung balik kisah di Bumi Mekkah oke :)

tc assalamualaikum